IJABKABUL TERINDAH DENGAN KESERIAN WAJAH SANG PUTERI PERSIS SEBUTIR BERLIAN YANG BERKERLIPAN...

24 Julai 2013

Sehari bersama Chef Celebriti Malaysia.... Chef Adu, Chef Izyan (Master Chef) & Chef Anis Nabilah







Terpegun sekejap bila mndengar Chef Adu bercerita tentang pengalamannya sebagai chef….. mmg tabeeeek spring!!!
Sambil sambil akak makeup Anis Nabilah akak pasang telinga lah kannnn… aper yang akak dgr Chef adu dah penah menetap di London selama 15 Tahun! Perghhhh… tp yang bestnyer Chef Adu sgt la humble…very down to earth… percaya tak dia x der kereta??? Dia naik taxi jer…. Emmm mungkin dah terbiasa dgn keadaan di London… semua org naik public transport dan jalan kaki jer….emm kita pon elok juga naik public transport kan kurang sikit jammed kat Malaysia. Tak der la tetiap ari stresssss bawa kereta…. Rasa nak makan org jerk hadap jammed!! Huh… nak nak bila dah lambat g makeup… sekali jln jammed mmg berbakul2 lah cacian makian dapat kan…siap tunjuk penumbok kt org! hahaha culture jammed kt Malaysia yer jgn tak tauuuu….
Chef Adu ada buat class memasak rupanya…. Alahaiiii melepas nak blajar masak…. Memang niat hati nih nk masuk class masak… asik pg class makeup jer… now nk tukar angin plak… kata chef class dia ada workstation cam dlm rancangan master chef tuuuuu…. Wow! Mmg best! Teringin sesangat nk belajar masak nasi beriani, pajeri nenas, asam pedas, gulai pisang, ayam masak merah…. Perghhh terliur tak?? Akak suka nk blajar masakan kampung melayu… western food mmg sedap Cuma nak tajamkan skill di bidang masakan kampong dulu….

Now cerita chef Anis plak…. Bila jumpa mmg comel la sangat…. Genit jer orangnyer….
Wartawan interview Anis akak dok dengar lah….hihihi Cerita Anis raya pertama rumah dia akan kena serbu oleh saudara mara… lebih kurang berates la jugak yang datang…. Perghhh!! Berbeza dengan rumah akak 2,3 kerat jer yang datang… sedara mara jugak lah… itupun dah terpelanting senduk bagai… hahaha almaklumlah tak biasa rumah kene serbu…. Cuba bayangkan cam rumah Anis beratus yang datang mesti akak pengsan! Tp kata Anis, dia dah biasa dengan keadaan mcm tu… dan adik beradik dia masak ramai2… katanyer hari raya pertama mmg x pki baju raya… sibuk didapur memasak… jadi Cinderella Malaysia….hihihi
 Anis sangat professional, pandai masak, Cantik & peramah juga…. Like Anis banyak2!!!

ini adalah sebahagiandari cerita mereka..nak tahu lebih lanjut tentang pengalaman mereka dapatkan suratkabar Utusan, MEGA di hari raya nanti... :)



Boleh baca di link ini :)

http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130809/ke_02/10-tahun-Chef-Adu-beraya-di-London

Terima kasih tersangat untuk Kak Siti Zaleha dari Utusan.... :) 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan