IJABKABUL TERINDAH DENGAN KESERIAN WAJAH SANG PUTERI PERSIS SEBUTIR BERLIAN YANG BERKERLIPAN...

26 Ogos 2013

jom cantik cantik! Transformasikan diri ke arah yang lebih sihat dan cantik!


 
Tips agar kulit kita kelihatan mulus dan menyerlah persis sang puteri. 
 Amalkan 5 makanan tersebut :

1. Salad
Makanan ini mengandungi Vitamin A yang berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Pasta tomato kaya lycopene yang melindungi kulit dari sinaran matahari.  Makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi
Strawberi mempunyai Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit.

4. Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.






21 Ogos 2013

Ina & Firdaus.... sweet couple :)


Kronologi kisah makeup ina dari bertunang kepada nikah dan sanding....:)

Sweet sgt Ina ni... umur dia baru 20 tahun dah disunting.... almaklumlah comey..... sang putera tak boleh tunggu lama... hehehe

tak payah cerita panjang...... mari kita tengok pic pengantin baru ini....happy viewing!

BERTUNANG 15 Dec 2012


pic bertunang Ina berisi sikit.... pic kawen kurus dah...hihihi


NIKAH 17 OGOS 2013 AT 10.00 AM

sweet....


with pengapit
Bersama ayah tercinta
pic from Galaxcy tab

SANDING 17 OGOS 2013 AT 1.30 PM



before & after makeup

05 Ogos 2013

Selamat Hari Raya untuk semua umat Islam.... kita menyambut hari kemenangan....


ALHAMDULLILAH.......
Di kesempatan ini, akak nak minta maaf sekiranya ada terover kat blog nih atau tergediks ke.... minta mahap la yer...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Dari kami sekeluarga : Suami, Akak, Rayyan & Jasmyn....


Add caption

Sehari bersama Senator Dato Dr Mashitah Ibrahim

pertama kali nak pegi makeup VVVIP ni mmg nevessss akak ok!

Melangkah jer masuk rumah Dato' mata terpana dengan dekorasi yang sangat tenang dan sangat sangat cantik!! I like 1000 x !!!

tak sangka Dato sangat peramah! anak anak Dato pon baik baik menyambut kami. sentiasa tersenyum...

Anak sulung Ameera sudah tamat belajar dan akan bergelar sebagai doctor tidak lama lagi....

Anak ke dua Dato pula, Fatin sudah tamat pengajian juga di luar negara dan merancang untuk menyambung pengajian ke tahap yg lebih tinggi.... 

sejuk perut ibu mengandung....anak anak membesar dengan cemerlang... harus minta tipsss dari Dato! hihihi

seronok bila dengar Dato di interview oleh Wartawan... dato orang Kedah so slang Kedah la na...

memang best.... banyak lagi cerita menarik. tentang Dato dan anak anak menyambut raya tahun ini..... nak tahu lebih lanjut dapatkan paper Utusan, edisi MEGA pada hari raya nanti :)

boleh baca di link ini :)


terima kasih kepada pihak utusan yang sudi menjemput saya sesi makeup bermekup Dato' 
Terima kasih seklai lagi Kak Siti Zaleha dan Kak Meran dari Utusan...

sesi bergambar.... sirap tu x der gula ok...hihihi yer la puasa kan...









wit
Cantik semua :)